Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Rumah terbakar, tiada korban dilaporkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Sebuah rumah jenis setingkat terbakar dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Telisai, Tutong pada 28 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 14 orang anggota bomba dan penyelamat dan dua buah jentera dari Balai Bomba Bukit Beruang dan bantuan jentera dari Balai Bomba Tutong yang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai, Haji Abdul Aziz dikejarkan ke insiden kebakaran rumah di STKRJ Kampung Telisai, Tutong.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila anggota bomba dan penyelamat sampai di tempat panggilan, mendapati sebuah rumah jenis satu tingkat telah terbakar keseluruhannya.
    Kenyataan menyatakan lagi bahawa anggota bomba dan penyelamat segera bertindak dengan satu pasukan memakai alat pernafasan dan memadam menggunakan air diperoleh dari pili-pili bomba yang berdekatan relay ke jentera.

    Kenyataan juga menyatakan bahawa tidak ada korban jiwa dilaporkan dengan punca serta anggaran kerugian dalam kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa hadir semasa kejadian berkenaan ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi E Balai Bomba Tutong, Awang Yudieswandy bin Bakar dan Stesen Komander Balai Bomba Bukit Beruang Tutong, Awang Hamdani bin Sidek.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api, memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah, memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik serta membuat penyelenggaraan dengan teratur bagi mengelakkan kebakaran.

    JBP turut menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Orang ramai disarankan jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba memadam kebakaran rumah setingkat di STKRJ Kampung Telisai, Tutong pada 28 Mac lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...