Rumah Terbuka Aidilfitri Great Eastern pada 18 Jun

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Bagi menghargai pemegang polisi dan pelanggannya serta berkongsi keceriaan bulan Syawal yang penuh mulia, syarikat insurans Great Eastern Life akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada 18 Jun ini.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di Pejabat Great Eastern cawangan Kiulap itu akan bermula dari jam 11 pagi hingga 2 petang.

Menurut Great Eastern dalam kenyataan akhbarnya hari ini, sebagai penghargaan kepada sokongan yang tidak ternilai, semua pemegang polisi, kakitangan, perancang kewangan dan rakan kongsi perniagaan dijemput untuk memeriahkan majlis berkenaan.