Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka KBRI eratkan silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih meriah dirasakan, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka di kediaman Duta Besar dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam di Jalan Kebangsaan, di sini, kelmarin
    Mengalu-alukan kedatangan tetamu-tetamu dan para jemputan khas ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko dan isteri.

    Antara yang hadir ialah menteri-menteri kabinet, dan ahli-ahli diplomat serta para jemputan khas.

    Majlis seumpamanya diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai-pegawai kerajaan Republik Indonesia dan Brunei serta wakil-wakil kerajaan negara asing di negara ini dalam sambutan yang penuh aman dan harmoni.

    TYT Dr Sujatmiko ketika ditemu bual berkata, sesi silaturahim berkenaan diadakan dalam tiga sesi bagi mengelakkan daripada perkumpulan dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

    Sesi pertama menjemput menteri-menteri kabinet dan para jemputan khas yang terdiri daripada ahli diplomatik asing di Negara Brunei Darussalam.

    Tuan Yang Terutama turut menyentuh mengenai hubungan erat antara Brunei Darussalam dan Indonesia yang kini semakin terjalin erat dan beliau bersyukur hubungan ekonomi kedua-dua buah negara juga semakin meningkat sepanjang tahun serta berharap ia akan semakin bertambah baik pada tahun-tahun mendatang.

    TYT Dr Sujatmiko dan isteri mengalu-alukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud ke majlis rumah terbuka di kediamannya.
    Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong antara yang menghadiri majlis anjuran KBRI berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...