Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka penuh kemeriahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam berlangsung dengan penuh kemeriahan di Royal Berkshire Hall, hari ini.

    Antara tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan para pembesar negara, diplomat asing ke negara ini serta tetamu khas yang lain. Juga hadir ialah Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri Singapura, Dr. Mohamad Maliki bin Osman.

    Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan rapat dan mesra antara Singapura dan Negara Brunei Darussalam.

    Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Lim Hong Huai, tujuan rumah terbuka ini sama seperti di Singapura iaitu untuk mengeratkan silaturahim, terutamanya di antara keluarga dan juga rakan-rakan serta meningkatkan persaudaraan.

    “Dengan menyambut Hari Raya ini, sesiapa pun kita bertemu dikirakan sebagai saudara tidak kira beragama Islam atau pun tidak, berlainan etnik, rumah terbuka ini adalah untuk semua dan dialu-alukan kedatangan mereka,” ujarnya.

    Menteri Hal Ehwal Ugama bersama para jemputan lain di Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Singapura.
    Menteri Hal Ehwal Ugama bersama para jemputan lain di Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Singapura.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -