Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rumah ternakan tertutup mampu tingkat bekalan ayam

    KUALA LUMPUR, 25 MEI – Ladang ayam tertutup perlu diperluaskan sebagai langkah jangka panjang meningkatkan pengeluaran ayam dalam negara.

    Pengarah Institut Kajian Perladangan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Shaufique F. Sidique berkata setakat ini lebih 30 peratus perusahaan ladang ternakan ayam tertutup telah beroperasi di Malaysia.

    Beliau berkata rumah ayam tertutup yang dilengkapi dengan sistem kawalan suhu dan kelembapan adalah sesuai untuk ternakan itu susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, selain menghindari lalat dan pencemaran bau.

    “Haiwan ini (ayam) perlu berada dalam suhu yang bersesuaian dan selesa bagi mengelak daripada terkena sebarang jangkitan penyakit,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini berhubung isu kekurangan bekalan ayam mentah di pasaran.

    Beliau berkata dengan pertambahan ladang ternakan tertutup itu dapat membantu kekurangan bekalan ayam dalam negara yang disebabkan pelbagai faktor antaranya kenaikan harga jagung, susut nilai mata wang ringgit dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

    Pensyarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Profesor Datuk Dr Zulkifli Idrus juga berpandangan sama dan berpendapat ladang tertutup itu juga akan meningkat pembiakan ayam selain dapat mengawal penularan penyakit.

    “Jika di Malaysia, ayam-ayam mudah terkena jangkitan penyakit dan salah satunya adalah newcastle atau virus sampar dan virus ini menyerang pernafasan ayam, sistem penghadaman dan saraf.

    “Penternak sudah tahu kebaikan rumah ayam tertutup ini, tetapi mereka mungkin tidak dapat menyediakannya kerana kos yang sangat tinggi, jadi untuk kita mencapai 100 peratus rumah tertutup di negara ini, mereka perlu mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi,” katanya. – Bernama

    Orang ramai tetap memilih ayam walaupun harganya meningkat kini semasa tinjauan di Pasar Tani Putrajaya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...