Oleh Azlan Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan mencungkil bakat dalam bidang sukan di antara para pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, acara tahunan Sukan antara Rumah telah diadakan di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.
Antara acara sukan yang dianjurkan ialah rejam lembing, lompat jauh, lempar cakera, lari pecut 100 meter (m), lari pecut 200m, lari pecut 400m, lari pecut empat kali 400m dan banyak lagi.
Rumah Tutong muncul juara selepas berjaya memenangi 11 pingat emas, tujuh perak dan lapan gangsa.
Manakala, Rumah Belait berada di tempat kedua dengan sembilan emas, tujuh perak dan dua gangsa.
Seterusnya, Rumah Temburong mendapat tempat ketiga dengan tujuh emas, lapan perak dan sembilan gangsa.
Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kartika binti Haji Abdul Rahman.