Rumah Wira Setia johan Rentas Desa

RUMAH Wira Setia muncul juara secara keseluruhan dalam Larian Rentas Desa Sekolah Menengah Lambak Kiri kali ke-7 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini.

Sementara itu, Rumah Wira Mahkota di tempat kedua dan Rumah Wira Laila di tempat ketiga diikuti dengan Rumah Kasuma di tempat keempat.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman.