Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rumah Zur Eda dinaiki air

    Rumah penyanyi era 1980an, Zur Eda di Kampung Paya Jaras Hulu, Sungai Buloh, dinaiki air sehingga paras lutut, selepas hujan lebat beberapa jam, kelmarin.

    Zur Eda, 56, berkata kejadian banjir itu bukanlah kali pertama kerana musibah sama pernah berlaku di kediamannya, kira-kira empat tahun lalu.

    Namun, Zur Eda tidak menyangka insiden pada 2018 itu berulang.

    “Salah kami kerana leka dan alpa hingga tidak sempat berbuat apa-apa kerana air naik terlalu cepat.

    “Ketika banjir melanda beberapa kawasan terutama di Shah Alam dan Hulu Langat, Disember lalu, kawasan ini terselamat. Jadi, kali ini, kami yakin bencana sama tidak menimpa lagi.

    “Namun, tidak sangka insiden berulang. Kejadian Jumaat lalu berlaku terlalu cepat hingga saya tidak sempat menyelamatkan beberapa barangan penting seperti peti sejuk untuk menyimpan stok niaga saya,” katanya kepada BH Online.

    Zur Eda yang mendiami Paya Jaras sejak kecil berkata, tanah milik keluarganya itu cukup dikenali sebagai kawasan banjir.

    “Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan kami menyediakan beg pasir sebagai persediaan jika terjadi banjir. Sebenarnya, kami sudah membina tembok di sekeliling rumah, tetapi air masuk juga.

    “Satu lagi alternatif, kami dinasihatkan mengubah suai kediaman supaya lebih tinggi. Namun, tentunya memerlukan kos yang bukan sedikit,” katanya.

    Zur Eda berkata, sejak pandemik COVID melanda, pendapatannya tidak menentu.

    “Saya meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga makanan di One City, Subang Jaya sejak hampir dua tahun lalu.” – Agensi

    Rumah Zur Eda di Kampung Paya Jaras Hulu, Sungai Buloh, dinaiki air sehingga paras lutut, selepas hujan lebat beberapa jam, kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...