Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumpai laut bantu rawat kulit kering

    RUMPAI laut yang bertekstur lembut, kenyal dan rangup adalah sejenis alga yang tumbuh di lautan dan banyak digunakan dalam masakan kerana mengandungi sumber serat dan protein tinggi.

    Selain boleh dimakan, rumpai laut memiliki manfaat dalam penjagaan kulit dan sudah banyak digunakan dalam bidang kosmetik.

    Antara manfaat rumpai laut dalam penjagaan kulit ialah mempunyai agen hidrasi yang membekalkan cairan diperlukan oleh kulit supaya tidak berlaku pengeringan dan pengelupasan.

    Rumpai laut perang khasnya didapati kaya dengan fucoidan iaitu agen hidrasi yang tinggi dengan nutrien dan mampu membekalkan pelembap jauh ke dalam kulit dengan pantas.

    Fucoidan terbentuk semula jadi dalam dinding sel rumpai laut perang dan melindungi alga berkenaan daripada patogen air serta rintangan kepada masalah persekitaran lain.

    Rumpai laut perang mengandungi fucoidan yang berfungsi sebagai agen hidrasi pada kulit.
    Rumpai laut perang mengandungi fucoidan yang berfungsi sebagai agen hidrasi pada kulit.

    Ia juga adalah polisakarida rantaian panjang yang dicirikan dengan struktur molekular kompleks dan pelbagai peringkat sulfat dan asetilasi.

    Sejak berabad lamanya, rumpai laut mengandungi fucoidan yang mempunyai nilai tinggi dalam pemakanan dan terapeutik. Malah, penggunaannya dalam perubatan juga banyak direkodkan di Asia untuk merawat gejala penyakit ringan.

    Pelbagai kajian dijalankan mengenai khasiat fucoidan dan kini ekstraknya banyak digunakan sebagai makanan tambahan dan formulasi topikal untuk penjagaan kulit dan dermatologi.

    Agen hidrasi rumpai laut mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) dan merencat pengeluaran melanin dalam kulit yang terdedah kepada sinaran matahari. Ia terbukti memiliki kesan antiradang pada kulit.

    Kajian membuktikan fucoidan mempunyai kesan pelembap lebih tinggi berbanding asid hyaluronik (HA) digunakan dalam produk penjagaan kulit bagi mengekalkan keseimbangan air dan minyak, di samping memberi kelembapan dan nutrien mencukupi

    Hidrasi adalah asas kepada kulit yang sihat dan kekeringan pula adalah musuh utama kulit. Malah, kulit yang kurang air dan minyak semula jadi juga akan mula hilang keanjalannya.

    Oleh itu, fucoidan didapati mampu membaiki pelbagai masalah kulit dengan melindungi kelembapan kulit.

    Bagaimanapun, bukan semua fucoidan adalah sama. Keberkesanan agen hidrasi ini terhadap kesihatan manusia bergantung pada kaedah bagaimana ia diproses untuk dijadikan ekstrak dan spesies rumpai laut itu diperoleh.

    Ini kerana, fucoidan adalah sejenis polisakarida bersulfat yang ditemui dalam beberapa jenis spesies berbeza rumpai laut perang dan diekstrak daripada lendiran rumpai laut perang itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda