Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumpun Dang Sanak adakan perkumpulan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 24 Sept – Lebih 500 orang daripada enam generasi keluarga besar telah berkumpul pada Majlis Perhimpunan Besar Rumpun Dang Sanak Kitani Keturunan Allahyarham Awang Ahmad bin Abdullah di Dewan Serba Guna Pusat Tingkatan Enam Tutong, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohammad Hussain.

    Menurut Pengerusi Majlis, Haji Mohammad Yusof bin Mohammad Yassin, majlis yang julung kalinya diadakan itu bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan jalinan kekeluargaan bagi semua ahli keluarga Allahyarham Awang Ahmad.

    Dengan berkonsepkan ‘Keluargaku Harapanku’, majlis telah menampilkan beberapa persembahan pentas oleh ahli-ahli keluarga.

    Pegawai Daerah Tutong ketika hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perhimpunan tersebut.
    Persembahan awal dimulakan dengan Asma’ul Husna dari keluarga Allahyarham Haji Mohd Noor.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada tokoh keluarga yang berusia 70 tahun ke atas yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

    Kemudian majlis diikuti dengan penyampaian derma anak-anak yatim Daerah Tutong yang disampaikan oleh Pengerusi majlis selaku wakil waris-waris ahli keluarga keturunan Allahyarham Awang Ahmad kepada Pegawai Daerah Tutong.

    Majlis tersebut diikuti dengan meraikan kepulangan jemaah haji yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga berkenaan dengan laungan Dikir Marhaban.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda