Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan AS-China semakin samar

    BEIJING, 25 Sept – China berkata hari ini bahawa rundingan perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS) adalah sesuatu yang mustahil selepas Washington mengenakan tarif yang umpama ‘mengacukan pisau pada leher seseorang’.

    Bercakap sehari selepas Washington mengaktifkan tarif ke atas AS$200 bilion barangan China, timbalan menteri perdagangan Wang Shouwen berkata China bersikap terbuka kepada rundingan tetapi kedua-dua pihak perlu memberikan layanan yang ‘sama dan adil serta saling menghormati’ di antara satu sama lain.

    “Memandangkan AS telah mengamalkan sekatan perniagaan besar-besaran ini, mereka sedang mengacukan pisau pada leher seseorang. Di bawah keadaan ini, bagaimana rundingan dapat diteruskan?” beritahu Wang pada persidangan akhbar.

    Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin telah menjemput pegawai China untuk mengadakan rundingan baharu, tetapi tindakan agresif terbaharu Presiden Donald Trump dan amaran mengatakan tarif AS$267 bilion ke atas barangan China sedang dirancang, nampaknya telah menghalang usaha tersebut.

    Wang bertemu dengan pegawai AS di Washington pada Ogos tetapi tidak adanya mesyuarat peringkat tinggi di antara kedua-dua ekonomi selama beberapa bulan.

    Seorang pemandu pelancong China membawa beberapa orang pelancong melintasi sebuah kedai sukan Amerika Syarikat, Under Armor di kawasan luar pusat membeli-belah di Beijing, kelmarin. – AP

    Beliau berkata hari ini langkah AS ‘telah menjadikannya mustahil untuk rundingan diteruskan’ dan menyalahkan AS kerana meninggalkan satu persetujuan mengenai perdagangan yang dicapai pada Mei, tetapi disusuli oleh tarif AS baharu.

    Pergeseran perniagaan di antara kedua-dua ekonomi itu telah meningkat pada musim panas, apabila AS mengenakan dua tarif baharu yang kini telah membabitkan AS$250 bilion barangan, kira-kira separuh daripada eksport China ke AS.

    Beijing telah bertindak balas dengan setiap langkah, mengenakan AS$110 bilion ke atas barangan AS, atau hampir segala yang China beli dari AS.

    Pakar mengingatkan perbalahan perniagaan akan menjejas kedua-dua ekonomi, malah pertumbuhan global, dengan Fitch Ratings mengurang anggaran pertumbuhannya untuk China dan dunia untuk tahun 2019.

    Eksport China ke AS menyumbang kepada 19 peratus daripada kesemua penghantaran luar negaranya pada tahun lalu, menurut kertas putih yang disiarkan oleh kabinet China, Majlis Negeri, semalam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda