BEIRUT, 15 Mei – Pusingan baru rundingan damai Syria bermula esok di Geneva, yang dibayangi oleh proses bersaing di Astana dan dengan pemberontak masih dalam kebingungan akibat pengunduran besar di Damsyik.
Sejak ia bermula dalam bulan Mac 2011, konflik Syria telah mengorbankan lebih 320,000 orang, berjuta-juta orang berpindah tempat dan memusnahkan ekonomi dan infrastruktur negara itu.
Usaha untuk menamatkan peperangan kini dilaksanakan di samping dua laluan bersaing: proses damai politik formal yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva dan sejak Januari, rundingan selari di Kazakhstan yang mana Rusia, Iran dan Turki menjadi pengantaraannya.
Para pemerhati berkata PBB nampaknya berebut-rebut untuk menyaingi momentum Astana selepas perjanjian bersejarah yang ditandatangani di Kazakhstan pada 4 Mei yang akan mewujudkan empat zon ‘meredakan’ di beberapa medan pertempuran Syria yang banyak menumpahkan darah.
Sejak perjanjian itu berkuat kuasa seminggu lalu, pertempuran menjadi perlahan di kawasan luas negara itu.

Namun di Damsyik, yang tidak termasuk dalam perjanjian itu, kerajaan telah mengenakan pengosongan di tiga buah daerah yang dikuasai pemberontak, yang semakin mendekatkannya akan menguasai penuh bandar itu buat pertama kalinya sejak tahun 2012.
Dalam memberi penerangan ringkas kepada para wartawan di Geneva pada minggu lalu, utusan khas PBB Staffan de Mistura menekankan ‘unsur rundingan akan datang yang ‘agak seperti perniagaan, agak pendek’ dijangkakan berjalan hanya selama empat hari untuk mengambil peluang dengan segera.
“Selepas mesyuarat Astana yang telah dijalankan dan yang kami hadiri secara proaktif, terdapat beberapa hasil yang kami dapat yang begitu cerah dan kami mahu berhubung sebanyak mungkin, hasil dengan beberapa lingkungan politik,” ujar de Mistura.
Beberapa pusingan rundingan yang disokong PBB tidak mempunyai hasil yang konkrit, meskipun ketika pusingan terakhir pada Mac lalu semua pihak akhirnya mula membincangkan empat isu berasingan, ‘pentadbiran, perlembagaan baru, pilihan raya dan memerangi ‘pengganasan’ di negara yang dicengkam peperangan itu.
Aron Lund, seorang fellow dalam yayasan bernama The Century Foundation berkata di sebalik nilai penting Geneva yang ‘bersimbolik’, ia tidak mengorak ke hadapan dalam mana-mana segi ketara.”
“Pada praktiknya, laluan Geneva sebahagian besarnya di pinggirkan oleh laluan Astana, sekurang-kurang buat masa sekarang,” kata Lund. – AFP