Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rundingan bincang isu Korea Utara

    HONOLULU, 13 FEB – Diplomat tertinggi Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kesepakatan mereka terhadap isu Korea Utara semalam selepas beberapa siri peluru berpandu yang dilancarkan oleh Pyongyang.

    Selepas mesyuarat sehari di Honolulu, Setiausaha AS Antony Blinken, Menteri Luar Korea Selatan Chung Eui-yong dan Menteri Luar Jepun Hayashi Yoshimasa mengecam tujuh pelancaran misil sebagai ‘mengugat kestabilan rantau’ dalam satu kenyataan bersama.

    Pyongyang perlu ‘menghentikan aktiviti haram dan sebaliknya membabitkan diri dalam dialog,’ menurut kenyataan.

    “DPRK berada dalam fasa provokasi,” beritahu Blinken pada sidang media bersama rakan menteri luar, menggunakan nama singkatan Republik Demokratik Rakyat Korea.

    “Kami terus berusaha untuk mencari jalan untuk menjadikan DPRK bertanggungjawab,” kata beliau, memetik sekatan terbaharu yang dikenakan ke atas lapan individu dan entiti yang dikaitkan dengan kerajaan Korea Utara baru-baru ini.

    Ketiga-tiga diplomat mengulang komitmen mereka untuk membebaskan seluruh Semenanjung Korea daripada kegiatan nuklear, dan bersedia untuk meneruskan rundingan dengan Pyongyang, yang belum memberikan respons terhadap percubaan berdamai daripada pentadbiran Presiden AS Joe Biden pada tahun lalu.

    “Setiausaha Negara dan Menteri Luar menekankan mereka tidak berniat bermusuhan terhadap DPRK dan berkata mereka bersikap terbuka untuk bertemu dengan DPRK tanpa prasyarat,” kata mereka dalam kenyataan. – AFP

    Setiausaha Negara AS Antony Blinken bertemu dengan Menteri Korea Selatan Chung Eui-yong di Honolulu, Hawaii pada 12 Februari 2022.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...