Rundingan damai Thai Mac depan

BANGKOK, 7 FEB – Rundingan damai membabitkan wilayah majoriti Islam di selatan Thailand, antara wakil kerajaan dan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) akan disambung semula pada Mac, kata ketua perunding Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh.

Beliau berkata mesyuarat rasmi pertama antara kerajaan Thailand dan BRN – menyaksikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Mohd Noor bertindak sebagai fasilitator – diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Januari, bertepatan kerana memberi peluang untuk ‘mengenali antara satu sama lain’ dan mengesahkan kerangka kerja bagi memastikan kemajuan dan kesinambungan dialog.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu memudahkan perbincangan dengan membawa kumpulan BRN ke meja rundingan. Mesyuarat seterusnya dijangka awal Mac dan kedua-dua pihak akan mengemukakan syor mereka,” katanya pada sidang media baru-baru ini. – Bernama