Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rundingan Ecuador, Mexico berdepan jalan buntu

    QUITO, 23 JAN – Presiden Ecuador, Guillermo Lasso menyatakan semalam, rundingan untuk negaranya mencapai perjanjian perdagangan bebas dengan Mexico berdepan ‘jalan buntu’.

    Perjanjian perdagangan bebas seumpamanya akan menjadi batu loncatan buat Ecuador untuk menyertai dalam perikatan Pasifik, blok perdagangan yang lebih luas.

    Menurut Lasso, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador telah memberitahunya, bahawa pengeluar pisang dan udang di Mexico tidak mahu udang dan plantain atau pisang dari Ecuador tiba di sana.

    “Kita berdepan jalan buntu,” tambahnya.

    Ecuador memberi amaran pada bulan lalu bahawa adalah ‘mustahil’ untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Mexico melainkan mencakupi udang dan pisang, eksport utamanya selepas petroleum.

    Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas. – AFP

    Lasso berkata kepada seorang wartawan tempatan dalam temu bual yang kemudiannya dikeluarkan oleh kerajaannya berkata, kegagalan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan dengan Mexico adalah ‘tidak begitu serius’ kerana Ecuador telah meluaskan dan mengukuhkan perbincangan perdagangan di tempat lain.

    Mexico ialah salah satu ahli pengasas perikatan Pasifik, yang turut merangkumi Chile, Colombia dan Peru.

    Lasso berkata “Ecuador sedang mencari kemasukan dalam perikatan Pasifik untuk mengakses pasaran Asia tetapi hari ini kami melakukannya secara peribadi,” sambil menyatakan bahawa Ecuador dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan China tidak lama lagi.

    Ecuador juga sedang meneruskan rundingan perdagangan dengan Korea Selatan, Kanada, Costa Rica dan Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...