Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Rundingan kawalan senjata dengan China masih samar

    WASHINGTON, 28 OKT – Amerika Syarikat (AS) mendakwa pihaknya tidak berjaya memujuk China untuk menyertai rundingan kawalan senjata, lapor Sputnik, memetik Ketua Setiausaha Negara bagi Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa, Bonnie Jenkins.

    “Kami ada berbincang dengan China dalam pelbagai cara dan menyentuh pelbagai aspek tetapi untuk mengatakan ia satu perbincangan yang diharapkan untuk sampai ke meja rundingan ia kelihatan masih samar,” kata Jenkins pada Persidangan Endowmen Carnegie, kelmarin.

    Jenkins berkata pentadbiran Presiden Joe Biden masih terus berbincang dengan China untuk berusaha mengadakan perbincangan lebih lanjut dan serius mengenai pengurangan risiko.

    Selain itu, kata Jenkins AS turut berunding dengan sekutunya yang mempunyai hubungan dengan China, supaya mereka boleh menggunakan saluran diplomatik bagi menggalakkan Beijing melibatkan diri dengan Washington. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...