Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Rundingan nuklear Iran disambung hari ini

    VIENNA, 7 FEB – Rundingan perjanjian nuklear Iran akan diteruskan di Vienna esok, kata diplomat hari ini, selepas perunding dalam beberapa minggu ini memetik kemajuan dalam usaha memulihkan perjanjian 2015.

    Pihak kepada perjanjian telah berunding di Vienna sejak tahun lalu dengan penyertaan Amerika Syarikat (AS) secara tidak langsung. Rundingan dihentikan pada akhir bulan lalu, dan perunding kembali ke ibu negara mereka.

    “Pusingan ke-18 Rundingan Vienna, dihadiri oleh China, Perancis, Jerman, Rusia, United Kingdom, Iran dan AS akan bersambung esok di Vienna,” kata Alain Matton, jurucakap EU, yang mempengerusikan perbincangan.

    Selepas menemui kebuntuan berbulan-bulan lamanya, kemajuan telah dicatat dalam beberapa minggu ini untuk memulihkan perjanjian 2015 yang sepatutnya menghalang Iran daripada memperoleh bom nuklear, matlamat yang sentiasa dinafikan Iran.

    Canselor Jerman Olaf Scholz memberitahu Washington Post dalam satu temu bual yang disiarkan dalam talian hari ini bahawa kejayaan rundingan ‘bergantung pada Iran’.

    “Kami memberikan mereka pesanan jelas bahawa sekarang adalah masanya untuk membuat keputusan dan bukannya melanjutkan proses,” beliau dipetik sebagai berkata.

    Jurucakap Kementerian Luar Iran Saeed Khatibzadeh berkata jawapan ‘yang dibawa AS ke Vienna esok akan menentukan bila kami boleh mencapai satu persetujuan.’

    “Kami telah mencatat kemajuan besar dalam pelbagai bidang rundingan Vienna’ termasuk jaminan diminta Iran bahawa pentadbiran baharu AS tidak akan mencabul perjanjian sekali lagi,” beritahu Khatibzadeh kepada wartawan. – AFP

    Orang ramai berjalan di depan Palais Coburg, di mana rundingan nuklear pintu tertutup diadakan di Vienna, Austria pada 17 Disember 2021. Rundingan untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015 dengan kuasa dunia akan diteruskan pada 8 Februari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...