MOSCOW, 22 Okt – Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton menghadapi rundingan tegang selama dua hari di Moscow bermula hari ini selepas Presiden Donald Trump mengumumkan hasratnya untuk menarik diri daripada perjanjian senjata nuklear penting.
Pengumuman Trump mengatakan Amerika Syarikat akan meninggalkan perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana, atau INF, menerima kritikan semalam daripada pegawai-pegawai Rusia dan bekas Presiden Soviet Mikhail Gorbachev, yang menandatangani perjanjian pada 1987 dengan Presiden Ronald Reagan.
Trump berkata Rusia telah mencabul syarat-syarat perjanjian yang melarang AS dan Rusia daripada memiliki, menghasilkan atau menguji peluru berpandu krus nuklear dengan jarak 500 hingga 5,500 kilometer.
Rusia telah berkali-kali menafikan dakwaan yang mengatakan ia telah mengeluarkan dan menguji peluru berpandu sedemikian.
Timbalan Menteri Luar Sergei Ryabkov dipetik sebagai memberitahu agensi berita Tass bahawa menarik diri daripada perjanjian “adalah satu langkah yang amat berbahaya.”
Ia akan “mencetuskan kecaman paling serius daripada semua anggota komuniti antarabangsa yang komited kepada keselamatan dan kestabilan.”
Konstatin Kosachev, ketua jawatankuasa hal ehwal luar di dewan pertuanan parlimen Rusia berkata di Facebook bahawa penarikan diri AS daripada perjanjian akan bermakna ‘manusia akan menghadapi kekacauan dalam lingkungan senjata nuklear’. – AP