Rundingan pelan menyelamat gagal

BRUSSELS, 8 APRIL – Menteri-menteri kewangan Kesatuan Eropah (EU) gagal hari ini untuk bersetuju ke atas pelan penyelamat bagi membantu negara-negara anggota yang berdepan wabak koronavirus, selepas Netherlands menyekat perjanjian berhubung syarat bantuan kecemasan.

“Selepas 16 jam berbincang, kami hampir-hampir memeterai namun belum lagi. Saya menangguhkan Eurogroup dan kami akan meneruskannya esok, Khamis,” kata Ketua Eurogroup, Mario Centeno.

Pertelagahan menteri-menteri kewangan EU tidak dapat menghubungkan kepelbagaian tentang bagaimana untuk membangun semula ekonomi mereka selepas koronavirus, dengan negara-negara Utara dan Selatan bercanggahan tentang peristiwa terburuk krisis hutang eurozone.

Ekonomi Eropah telah dihambat oleh pandemik ketika kerajaan-kerajaan itu mengenakan perintah berkurung ketat yang menutup perniagaan dan mengurangkan kehidupan normal.
Sidang video menteri-menteri bermula Selasa hingga hari ini dengan Itali dan Sepanyol menegaskan tidak ada keterikatan pada pelan bantuan.

Dengan ketegangan semakin memuncak, menteri-menteri tidak menyentuh perbincangan sensitif yang akan dibayar oleh rakan-rakan Eropah yang bersama meminjam wang dalam pasaran kewangan. – AFP

Menteri Kewangan dan Ekonomi Perancis, Bruno Le Maire (kanan) bercakap di telefon bersama Mario Centeno, ketua Eurogroup bagi menteri-menteri kewangan eurozone semasa mesyuarat sidang video Eurogroup pada 7 April di Paris. – AFP