Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Rundingan perdagangan bebas India, EU disambung

    NEW DELHI, 27 JUN – India dan Kesatuan Eropah (EU) kelmarin telah menyambung semula rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas selepas jurang sembilan tahun, ketika negara-negara Barat berusaha untuk memisahkan New Delhi daripada hubungan ekonomi rapatnya dengan Rusia.

    Digelar sebagai ‘raja tarif’ oleh bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, India telah menjadi lebih terbuka untuk mengurangkan halangan perdagangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sedang merundingkan perjanjian dengan beberapa buah negara lain.

    Dalam pada itu, India juga enggan mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang merupakan sekutu strategiknya dalam pembelian minyak yang telah lama wujud dan pembekal senjata terbesar bagi India.

    EU merupakan rakan dagangan kedua terbesar India selepas AS, tetapi perbincangan dengan blok itu tergantung pada 2013 berhubung isu termasuk pengurangan tarif dan perlindungan paten.

    Sementara itu, perdagangan barangan dilaporkan mencecah paras ter-tinggi sepanjang masa sebanyak AS$116 bilion pada 2021 hingga 2022, dengan eksport India kepada 27 anggota EU mencecah AS$65 bilion, menurut New Delhi.

    India pada Februari lalu telah menandatangani perjanjian perkongsian ekonomi utama dengan Emiriah Arab Bersatu dan pada April bersetuju dalam perjanjian perdagangan bebas interim dengan Australia. Langkah tersebut adalah bertujuan untuk menamatkan semua perjanjian penuh dengan negara-negara rundingan menjelang akhir tahun ini.

    India juga sedang dalam rundingan perdagangan dengan Kanada, Israel dan Britain. Perdana Menteri Boris Johnson berkata dalam lawatan pada bulan April lalu bahawa Britain dan India berharap untuk mencapai persetujuan menjelang Oktober ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...