Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rundingan perjanjian pandemik bermula Feb 2023

    GENEVA, 8 DIS – Rundingan mengenai draf perjanjian global bagi memerangi pandemik seterusnya secara lebih baik akan bermula pada Februari tahun depan.

    Perkara itu diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas berlangsungnya perbincangan tiga hari di Geneva.

    Isnin lalu, 194 negara anggota WHO telah membatalkan perjanjian pandemik bertujuan memastikan tindak balas yang betul sehingga menjadikan COVID satu krisis global tidak berulang.

    WHO dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada hari terakhir rundingan, mereka ‘bersetuju membangunkan draf pertama perjanjian yang mengikat secara sah dan direka untuk melindungi dunia daripada wabak pada masa akan datang.

    Kenyataan itu turut memberitahu, ‘draf sifar’ perjanjian pandemik yang berakar umbi dalam Perlembagaan WHO akan dibincangkan pada 27 Februari 2023.

    Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum ulang tahun ketiga tercetusnya COVID di China yang kemudiannya merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan pandemik terburuk pada abad ini.

    “Kesan wabak itu ke atas kehidupan manusia, ekonomi dan masyarakat pada umumnya tidak boleh dilupakan,” kata ahli badan perundingan WHO dari Afrika Selatan, Precious Matsoso.

    “Peluang terbaik yang kita ada sebagai komuniti global hari ini untuk mengelakkan kejadian masa lalu berulang adalah dengan bersatu… dan membangunkan perjanjian global yang melindungi masyarakat daripada ancaman pandemik masa depan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...