Rundingan pusingan ketujuh UK-EU

MOSCOW, 17 OGOS – Pusingan ketujuh rundingan antara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) berkaitan hubungan masa depan kedua-dua pihak akan bermula di Brussels pada Isnin, lapor agensi berita Sputnik.

Rundingan itu akan berlangsung sehingga 21 Ogos dan dijadual untuk menyelesaikan masalah yang masih menghalang usaha mencapai persetujuan akhir. – Bernama