Rundingan sempadan China, India gagal

BEIJING/NEW DELHI, 11 OKT – China dan India saling menyalahkan satu sama lain atas kebuntuan semasa pusingan terakhir rundingan peringkat komander mengenai pengunduran tentera dari kawasan Garis Kawalan Sebenar (LAC), lapor Sputnik.

Perbincangan pusingan ke-13 berlangsung kelmarin.

“Pihak China membuat usaha besar untuk meredakan ketegangan di sempadan dan menunjukkan sepenuhnya keikhlasan China untuk menjaga kepentingan keseluruhan hubungan ketenteraan dua hala.

Bagaimanapun, India masih mempertahankan tuntutannya yang tidak munasabah dan tidak realistik, yang menyukarkan lagi rundingan itu,” kata kementerian China dalam satu kenyataan. – Bernama