Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan TPPA dijangka dimuktamadkan pada Nov

    SUBANG, 18 Julai – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia mengekalkan sikap terbuka ke atas cadangan yang dibangkitkan oleh negara peserta yang lain mengenai TPPA.

    Pakatan perdagangan itu telah dirundingan selama lebih lima tahun, namun kini kedudukannya tidak pasti selepas Presiden Amerika Syarikat (US) Donald Trump membuat keputusan bahawa negara itu menarik diri daripada pakatan berkenaan. Sebelas lagi negara termasuk Malaysia, masih merundingkan masa depan pakatan itu.

    “Tumpuan Malaysia kini ialah kepada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), yang berkemungkinan dimuktamadkan awal tahun depan, dengan Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan serta ASEAN sebagai pemancu utama,” kata Mustapa kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ketiga Ekonomi Nasional, Institut Kepimpinan Strategik Asia, di sini hari ini.

    Setakat ini negara peserta dalam RCEP sudah bertemu beberapa kali, dengan kemajuan dicapai untuk memuktamdkannya, dan ia akan berincang sekali lagi di Hyderabad minggu depan, katanya.

    Beliau juga berkata Malaysia akan terus memperjuangkan peluang-peluang pertumbuhan dalam ASEAN kerana ia merupakan tempat berteduh golongan muda, kumpulan umur bekerja yang besar dan kelas pertengahan yang semakin meningkat, dan pada masa yang sama komited untuk terus meliberalisasikan peraturan perdagangan dan pelaburan.

    Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia mengekalkan sikap terbuka ke atas cadangan yang dibangkitkan oleh negara peserta yang lain mengenai TPPA.
    Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia mengekalkan sikap terbuka ke atas cadangan yang dibangkitkan oleh negara peserta yang lain mengenai TPPA.

    Dalam negara Mustapa berkata unjuran ekonomi Malaysia tahun ini agak positif selepas merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar 5.6 peratus pada suku pertama hasil daripada angka pelaburan dan perdagangan yang baik.

    Beliau juga berkata Bank Dunia juga menyemak naik unjuran ke atas pertumbuhan Malaysia tahun ini kepada 4.9 peraatus manakala firma penyelidikan seperti Citibank Research mengunjurkan angkanya lebih tinggi pada 5.2 peratus.

    “Walaupun ekonomi positif, Malaysia perlu sentiasa peka terhadap cabaran yang dihadapi kini dan terus menarik pelaburan berkualiti.

    “Cabaran termasuk menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan belia, yang kini pada tahap 10 peratus, selain turun naik dalam sektor komoditi,” kata Mustapa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda