Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rune kejutkan Tsitsipas di Terbuka Perancis

    PARIS, 31 MEI – Remaja Holger Rune, 19, menjadi pemain Denmark pertama mara ke suku akhir Terbuka Perancis kelmarin apabila dia mengejutkan pemain nombor empat dunia, Stefanos Tsitsipas dengan melakar kemenangan 7-5, 3-6, 6-3, 6-4.

    Rune bersama rakan senegaranya, Carlos Alcaraz, sudah mara ke suku akhir dan ini kali pertama dua remaja berjaya melangkah sejauh ini di Paris sejak Hendrik Dreekman dan Andrei Medvedev 28 tahun lalu.

    Dalam set keempat yang sengit, Rune mensia-siakan kelebihan 5-2 dan kemudian bangkit memenangi tiga lagi break-points dalam permainan ke-10 sebelum memperoleh kemena-ngan apabila pukulan Tsitsipas tersasar jauh.

    “Saya sangat gementar dan saya tahu bahawa jika saya lari daripada taktik saya, saya akan kalah,” kata Rune, yang memenangi gelaran ATP sulungnya di Munich.

    “Saya memberitahu diri saya untuk berpegang pada rancangan asal dan itu memberikan saya keyakinan diri. Ia sangat hebat untuk masih berada di sini.”

    Sementara itu, Tsitsipas berkata dia akan bersedia untuk Rune pada perlawanan yang lain.
    “Dia seorang pemain yang sangat emosional, dia boleh bermain dengan hebat, dia benar-benar layak mendapat kemenangan ini dan bijak menghadapi detik-detik sukar yang penting dengan lebih baik,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

    “Tetapi saya boleh melihat sesuatu yang berbeza pada lawan ini di masa akan datang. Saya cukup yakin saya boleh melakukan lebih baik lagi,” tambahnya.

    Rune seterusnya akan menentang pilihan kelapan, Casper Ruud yang menjadi pemain Norway pertama mara ke suku akhir dengan kemenangan 6-2, 6-3, 3-6, 6-3 menentang
    pemain Poland, Hubert Hurkacz. – AFP

    Aksi Holger Rune dari Denmark semasa perlawanan perseorangan lelaki pada hari kesembilan kejohanan tenis Terbuka Roland-Garros kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...