Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rune mara suku akhir Terbuka BMW

    MUNICH, 28 APRIL – Pemain remaja dari Denmark, Holger Rune menewaskan pemain pilihan utama, Alexander Zverev 6-3, 6-2 kelmarin untuk mara ke suku akhir Terbuka BMW.

    Rune yang berusia 18 tahun itu menggagalkan percubaan servis pertama Zverev dalam setiap set untuk mengawal permainan dalam perjalanannya meraih kemenangan pertama dalam kariernya ke atas pemain yang berada dalam kelompok 10 teratas.

    “Saya sangat menghormatinya, dan jelas sekali saya tidak menjangkakan untuk menang dalam dua set perlawanan serta dengan skor seperti ini,” kata Rune. “Tetapi ia adalah perlawanan yang sangat sukar, kami bermain banyak rali dan saya sangat gembira dengan prestasi saya.”

    Ia adalah kali pertama sejak 2014 bahawa Zverev, pemenang dua kali kejohanan tersebut telah tewas pada perlawanan pembukaannya di gelanggang tenis Munich. Pemain Jerman tersebut masih belum memenangi gelaran pada tahun ini selepas memperoleh kejuaraan enam tahun yang lalu, termasuk pingat emas Olimpik.

    Rune berada di kedudukan ke-70 dan tidak memenangi perlawanan berturut-turut dalam undian utama mana-mana acara Jelajah ATP pada musim ini sehingga sekarang.

    Pada perlawananan seterusnya, Rune akan menentang pemain dari Finland, Emil Ruusuvuori yang telah menang 6-3, 6-3 menewaskan Maxime Cressy.

    Pemain pilihan keempat, Nikoloz Basilashvili memerlukan masa hampir dua jam untuk menewaskan Ilya Ivashka 3-6, 6-2, 6-4 dan layak ke perlawanan suku akhir dengan pemain pilihan ketujuh, Miomir Kecmanovic. Sementara itu, Cristian Garis tewas dalam perlawanan pusingan pertama 6-3, 6-4 menentang Alejandro Tabilo. Manakala, Botic van de Zandschulp menewaskan Brandon Nakashima dengan keputusan 7-6 (3), 6-3. – AP

    Aksi Holger Rune melakukan pukulan balas semasa perlawanan pusingan pertamanya menentang Alexander Zverev dalam kejohanan ATP di Munich, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...