Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rune naik ke-10 teratas

    PARIS, 8 NOV – Pemain tenis remaja Denmark, Holger Rune naik lapan anak tangga sekali gus berjaya mencapai kedudukan 10 teratas dalam ranking ATP yang dikeluarkan pada Isnin selepas kemenangannya dalam Paris Masters baru-baru ini.

    Rune, 19, mengejutkan juara enam kali, Novak Djokovic 3-6, 6-3, 7-5 untuk gelaran Masters sulungnya. Dia merupakan pemain Denmark pertama yang berjaya mencapai kedudukan 10 teratas.

    Dia juga menjadi pemenang termuda kejohanan di Paris itu sejak Boris Becker menewaskan lima pemain dalam kelompok 10 terbaik untuk muncul juara pada tahun 1986 ketika berusia 18 tahun.

    Sementara itu, Carlos Alcaraz, yang mengalami kecederaan semasa perlawanan suku akhir menentang Rune, masih lagi berjaya mengekalkan gelaran juara dunia, di hadapan pemain Sepanyol, Rafael Nadal, yang kalah dalam perlawanan pembukaan di ibu kota Perancis itu.

    Pemain dari Greece, Stefanos Tsitsipas naik dua anak tangga ke tempat ketiga, manakala Felix Auger-Aliassime dan Andrey Rublev masing-masing menduduki ranking keenam dan ketujuh.

    Bekas juara dunia Djokovic tergelincir satu anak tangga ke kedudukan kelapan, dan pemain Rusia, Daniil Medvedev turun ke tangga kelima selepas pusingan penyingkiran kedua di Paris. – AFP

    Reaksi pemain tenis dari Denmark, Holger Rune bersama trofi yang dimenanginya baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...