Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Runtuhan salji: 6 maut, 8 cedera, 17 hilang

    ROM, ITALI, 4 JULAI – Enam orang maut, lapan cedera manakala 17 lagi hilang selepas bongkah  besar glasier Marmolada di utara Itali pecah mencetuskan runtuhan salji pada Ahad, lapor agensi berita Itali (ANSA), hari ini.

    Dua daripada mangsa yang maut masih belum dikenal pasti. Tiga lagi mangsa adalah warga Itali dan seorang warga Czech, menurut ANSA.

    Pasukan penyelamat bertungkus lumus sepanjang malam mencari mangsa yang mungkin masih selamat dengan bantuan dron.

    Pakar mengaitkan bencana itu dengan gelombang haba yang sedang melanda Itali ketika ini sehingga menyebabkan glasier tidak stabil. – Bernama/AFP

    Imej menunjukkan glasier di gunung Marmolada, sehari sebelum bencana tersebut berlaku. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...