Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Runtuhan salji ragut 3 jiwa askar India

    SRINAGAR, India, 7 April – Tiga askar terkorban selepas runtuhan salji melanda pos kawalan tentera beraltitud tinggi di Kashmir yang ditadbir India, kata seorang pegawai hari ini, selepas salji turun dengan lebat di rantau Himalaya yang bertikai.

    Beberapa runtuhan melanda pos yang terletak di Batalik berhampiran Garis Kawalan (LoC) – sempadan de-facto yang memisahkan Kashmir – kelmarin, menguburkan lima askar, kata seorang jurucakap tentera.

    “Kami telah melancarkan operasi menyelamat dan dua telah diselamatkan hidup-hidup. Namun pagi ini tiga mayat telah ditemui di bawah salji,” Rajesh Kalia memberitahu AFP. Puluhan askar India dan Pakistan terbunuh akibat runtuhan hampir setiap musim sejuk di sepanjang LoC. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda