Runtuhan seberat Menara Eiffel dibersihkan di pelabuhan Beirut

BEIRUT, 26 OGOS – Tentera Perancis dan Lubnan membersihkan 8,000 tan keluli dan konkrit seberat Menara Eiffel Paris dari pelabuhan Beirut yang hancur akibat letupan dahsyat, kata seorang pegawai hari ini.

Usaha telah difokuskan baru-baru ini untuk membersihkan bahagian-bahagian pelabuhan yang paling teruk terjejas oleh letupan besar pada 4 Ogos lalu yang melanda kawasan Beirut dan membunuh lebih daripada 180 orang.

“Saya memerlukan empat hari untuk membersihkan 8,000 tan konkrit dan keluli,” kata Leftenan Paulin, seorang pegawai Perancis yang menyelaraskan operasi pembersihan di pelabuhan.

“8,000 tan sejak kami sampai di sini lima hari yang lalu, itu sama berat dengan Menara Eiffel,” kata Paulin. – AFP