Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

Rusia adakan latihan besar-besaran

-

MOSCOW, 20 JAN – Rusia mengumumkan hari ini ia akan mengadakan latihan tentera laut besar-besaran di Atlantik, Artik, Pasifik dan Mediterranean bulan ini dan Februari, pada ketika ketegangan memuncak bersama negara-negara Barat berhubung Ukraine.

Latihan perang itu akan melibatkan ‘lebih 140 kapal perang dan kapal sokongan, lebih 60 pesawat udara, 1,000 kelengkapan tentera dan sekitar 10,000 anggota,” kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan dari agensi-agensi berita Rusia.

Pengumuman itu muncul sehari menjelang mesyuarat di Geneva antara Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Menteri Luar Negeri Rusia, Sergei Lavrov, yang dihasratkan untuk mengurangkan ketegangan antara Kremlin dan Barat berhubung Ukraine.

Moscow menegaskan ia tidak mempunyai rancangan untuk menyerang namun pada waktu sama meletakkan beberapa permintaan – termasuk tegahan ke atas Ukraine daripada menyertai NATO – sebagai pertukaran bagi mengurangkan ketegangan.

Washington telah menolak permintaan Moscow sebagai ‘tidak berjaya’ dengan ketua NATO, Jens Stoltenberg minggu ini menegaskan perikatan itu ‘tidak akan bertolak ansur terhadap dasar teras seperti hak bagi setiap negara untuk memilih laluannya sendiri’. – AFP

Kementerian Pertahanan Belarus menjemput pegawai Rusia (kanan) mencuba roti Belarus sejurus tiba bagi latihan bersama di Belarus. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -