MOSCOW, 14 DIS – Hari ini, Rusia mengakui pembuatan vaksin koronavirus Sputnik V belum mendapat kelulusan daripada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) kerana pihak berkuasa Rusia tidak menyediakan maklumat yang lengkap.
Ogos tahun lepas, Sputnik V menjadi vaksin koronavirus yang pertama diluluskan, apabila pihak berkuasa Rusia memberikan lampu hijau untuk kegunaan domestik sebelum ujian klinikal berskala besar.
“Kami masih belum dapat memberikan maklumat yang diperlukan untuk pengiktirafan kerana kami mempunyai berlainan kefahaman mengenai maklumat yang perlu ada dan bagaimana untuk menyediakannya,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada wartawan.
“Kami mempunyai standard yang berbeza.”
Tapi Peskov berkata bahawa Rusia “secara beransur-ansur, menyesuaikan diri dengan keperluan ini.”
Sementara pegawai mempunyai beberapa kekhuatiran terhadap proses kesan-pantas, suntikan dibuat sebelum diisytiharkan selamat dan lebih dari 90 peratus keberkesanannya dalam terbitan laporan yang diketuai oleh jurnal perubatan The Lancet. – AFP