Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Rusia bantah penetapan harga siling minyak

    KYIV, 4 DIS – Pihak berkuasa Rusia menolak penetapan harga siling minyak keluarannya dalam kalangan negara Barat yang menyokong Ukraine dan mengancam untuk berhenti membekalkan bahan mentah itu kepada negara yang mempersetujuinya.

    Kelmarin, Australia, Britain, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat dan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menetapkan harga siling AS$60 setong ke atas minyak Rusia.

    Penetapan itu akan berkuat kuasa mulai esok, bersama dengan embargo EU ke atas minyak Rusia yang dihantar melalui jalan laut.

    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Rusia perlu melakukan analisis berhubung keadaan itu sebelum membuat keputusan mengenai tindak balas tertentu.

    Di bawah perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu, syarikat insurans dan firma lain yang terbabit dalam penghantaran minyak, boleh membekalkan minyak mentah Rusia jika harganya mengikut siling ditetapkan atau pada kadar lebih rendah.

    Memandangkan kebanyakan syarikat insurans terletak di EU dan United Kingdom, mereka dijangka dikehendaki mematuhi had siling ditetapkan.

    Kedutaan Rusia di Washington berkeras mengatakan minyak Rusia ‘akan sentiasa mempunyai permintaan’ dan mengkritik harga siling itu sebagai ‘cubaan merombak asas pasaran terbuka’.

    Hantaran pada saluran Telegram kedutaan terbabit mengunjurkan bahawa penetapan harga siling bagi setiap tong akan menyebabkan ketidaktentuan bekalan dan peningkatan kos bahan mentah kepada pengguna. – AP

    Sebuah kapal tangki minyak kelihatan berlabuh di kompleks Sheskhari, sebahagian daripada Chernomortransneft JSC, subsidiari Transneft PJSC, di Novorossiysk, Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...