Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Rusia, Belarus lancar latihan tentera

    MOSCOW, 10 FEB – Rusia dan Belarus melancarkan latihan tentera bersama hari ini sekali gus meningkat ketegangan dan menambah usaha diplomatik pemimpin NATO untuk mengelak serangan ke atas Ukraine.

    Latihan perang, dijangka berlangsung sehingga 20 Februari, merupakan isu perbalahan terbaharu di antara Rusia dan Barat berhubung Ukraine. Kyiv mengecam latihan sebagai ‘tekanan psikologi.’

    Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian menggelar latihan sebagai ‘isyarat amat ganas’ sementara Setiausaha Luar British, Liz Truss menggunakan lawatan ke Moscow untuk menuduh Rusia berusaha ‘melemahkan kedaulatan Ukraine.’

    Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata latihan menandakan ‘saat amat berisiko untuk keselamatan Eropah.’

    Pemimpin Barat telah memberi amaran sejak beberapa minggu ini bahawa Rusia mungkin bersedia untuk menambah konflik pemisah lapan tahun di timur Ukraine selepas mengerah 100,000 tentera di bekas negeri Soviet itu.

    Gambar keluaran Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan kru penggempur sistem pertahanan udara S-400 memandu untuk mengambil kedudukan di pusat latihan di rantau Brest semasa latihan tentera Rusia-Belarus kelmarin. – AP

    Amerika Syarikat berkata Rusia juga menghantar kira-kira 30,000 tentera ke negara jiran Ukraine, Belarus untuk latihan yang bermula hari ini.

    Kumpulan sistem misil Rusia kelihatan bergerak di kawasan dilitupi salji sehari sebelum bermulanya latihan dalam gambar yang dikeluarkan kementerian pertahanan.

    Rusia juga menghantar enam kapal perang menerusi Bosphorus untuk latihan laut di Laut Hitam dan Laut Azov.

    Moscow dan Minsk belum mendedahkan jumlah tentera yang mengambil bahagian dalam latihan di Belarus.

    “Matlamat latihan adalah melatih mematahkan penindasan anasir luar dengan operasi pertahanan,” kata kementerian pertahanan Rusia dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...