MOSCOW, 10 MAC – Parlimen Rusia hari ini menjangkakan untuk menyokong keputusan kontroversi pindaan perlembagaan yang dibuat oleh Presiden Vladimir Putin, dengan harapan pemimpin Kremlin akan mengukuhkan kedudukan politik untuk satu dekad mendatang.
Manakala dewan rendah parlimen, State Duma, menyokong supaya lembaga untuk memperbaiki perlembagaan. Ini akan menjadi perubahan besar pertama kepada undang-undang asas Rusia sejak tahun 1993.
Putin yang telah berkuasa selama dua dekad dan akan mengundurkan diri pada tahun 2024 selepas penggal keempat beliau di Kremlin bakal berakhir.
Beliau telah menggubal politik Rusia pada bulan Januari apabila secara tiba-tiba mencadangkan untuk pindaan perlembagaan dan memecat sekutu rapatnya Dmitry Medvedev sebagai Perdana Menteri.
Tidak lama selepas itu, State Duma sebulat suara membenarkan rang reformasi perlembagaan dalam langkah pertama selepas kurang dari dua jam perdebatan. Perdebatan ketiga dan terakhir mungkin akan berlangsung paling awal pada minggu ini.

Para penganalisis telah membandingkan pemindaan perlembagaan sebagai memberi berbagai-bagai pilihan kepada cadangan. Ini termasuk menetapkan kuasa presiden yang sudah mempunyai peranan kuat.
Rusia akan mengundi untuk penggubalan perlembagaan selepas undang-undang diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen.
Tetapi pihak pembangkang, termasuk pengkritik Putin, Alexei Navalny, telah mengkritik cadangan tersebut. Mereka memberi amaran bahawa pemimpin Kremlin tersebut ingin memerintah sepanjang hayatnya.
Putin, 67, bagaimanapun berkata beliau tidak akan melanggar undang-undang untuk kekal lama memerintah dengan apa cara sekalipun, melainkan hanya ingin mengukuhkan legasi poltiknya.
“Ia bukan mengenai saya,” Putin memberitahu satu perjumpaan dengan orang awam di tengah bandar Ivanova pada Jumaat lalu.
“Kami mencadangkan pemindaan bukan hanya untuk lima atau 10 tahun tetapi untuk sekurang-kurangnya 30 ke 50 tahun. Ia bukan mengenai masa kini,” tambah beliau. – AFP