Rusia beri amaran kepada AS mengenai sekatan

MOSCOW, 3 MAC – Rusia memberi amaran hari ini bahawa mereka ‘menolak kekejaman’ selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas pegawai yang berkaitan dengan Kremlin mengenai meracun figura pembangkang, Alexei Navalny.

Semenatara itu, Washington kelmarin mengenakan denda dalam langkah bersama dengan Kesatuan Eropah ketika Perisikan AS merumuskan bahawa Moscow menjadi dalang meracun pengkritik Kremlin, Navalny pada Ogos.

“Kami akan terus dengan bersistematik dan tegas memperta-hankan kepentingan negara dan menolak kekejaman,” menurut jurucakap menteri luar Rusia, Maria Zakharova, menambah bahawa Moscow akan bertindak pada dasar sifat timbal balik dan tidak semestinya bersistematik.”

Dia mendakwa AS ‘cuba untuk memburuk-burukkan musuh luar’ sebagai jalan untuk mengalihkan tumpuan dari masalah domestik.

“Kami menyeru rakan-rakan kami untuk tidak memberi cabaran,” katanya dalam kenyataan diterbitkan lewat kelmarin.

Sekatan yang disasarkan tersebut diumumkan kelmarin menandakan hubungan dingin dari presiden Joe Biden dan menambah siri denda yang dikenakan EU dan AS ke atas Rusia sejak Moscow merampas Crimea daripada Ukraine pada 2014.

Memetik komen dibuat menteri luar, Sergei Lavrov awal kelmarin, Zakharova berkata Rusia akan memberi tindak balas ke atas denda yang dikenakan.

“Kami akan bertindak dengan dasar timbal balik dan tidak semestinya bersistematik,” katanya.

Navalny diterbangkan ke Jerman untuk mendapatkan rawatan tetapi dia enggan kembali pada Januari, selepas ditahan dan dihantar untuk menjalani hukuman setelah perhimpunan besar-besaran mengenai dakwaan rasuah dilakukan Putin. – AFP