MOSCOW, 25 DIS – Pihak berkuasa Rusia hari ini membuka kertas siasatan jenayah terhadap rakan kepada pemimpin pembangkang Alexei Navalny selepas menggeledah pangsapurinya, mendakwa dia mengugut seorang lelaki yang disebut oleh Navalny terlibat dalam kejadian meracuni pemimpin tersebut.
Ivan Zhdanov, ketua Yayasan Anti-Rasuah Navalny, berkata siasatan dilancarkan ke atas Lyubov Sobol kerana menceroboh ‘dengan menggunakan kekerasan atau mengugut untuk mendapatkan’ selepas Sobol membunyikan loceng pintu didakwa agen Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB).
Pada Isnin, Navalny berkata dia telah memperdaya seseorang yang didakwa pakar senjata kimia FSB bernama Konstantin Kudryavtsev untuk mengaku bahawa agensi perisikan domestik mencari jalan untuk membunuhnya pada musim panas dengan meletakan racun di seluar dalamnya.
Pada akhir Isnin, Sobol pergi ke pangsapuri Moscow di mana menurut laporan media diketuai oleh laman web penyiasatan Bellingcat berkata minggu lalu bahawa Kudryavtsev masih hidup. Dia ditahan oleh polis di tempat kejadian dan disiasat selama berjam-jam.
Hari ini pihak polis menahan aktivis pembangkang berusia 33 tahun, untuk disoal siasat selepas menggeledah pangsapurinya di Moscow dan merampas alat teknologi, tulis Yayasan Anti Rasuah melalui Twitter. – AFP






























