MOSCOW, 27 Sept – Kementerian pertahanan Rusia hari ini berkata ia telah membunuh lima komander perang dan 32 pejuang dari sebuah bekas gabungan bersama Al-Qaeda dalam serangan di wilayah Idlib, Syria.
Pemantau berpangkalan di Britain berkata pada Isnin bahawa serangan Rusia telah membunuh 37 orang awam termasuk kanak-kanak di Idlib di barta laut Syria – jumlah korban awam paling tinggi sejak rantau itu ditandakan pada Mei sebagai zon ‘semakin reda’.
“Akibat serangan itu, lima komander perang telah dihapuskan,” kata kementerian pertahanan Rusia dalam satu kenyataan.
Ia berkata serangan berlaku ketika komander perang jihad dari bekas kumpulan yang dikenali sebagai Al-Nusra Front bertemu di selatan bandar Idlib.
“Bersama mereka, 32 lagi pejuang terkorban,” kata kementerian.
Kementerian pertahanan tidak mengatakan bila serangan itu berlaku.
Ia menamakan lima orang kanan yang terbunuh termasuk komander sektor selatan Idlib. – AFP