Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

Rusia catat kematian harian tertinggi

MOSCOW, 28 SEPT – Rusia mencatatkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19 hari ini berikutan peningkatan kes berkaitan varian Delta dan kadar vaksinasi yang kurang memuaskan.

Statistik kerajaan melaporkan 852 kematian dalam tempoh 24 jam lalu iaitu rekod tertinggi sejak bermulanya pandemik COVID-19 di negara itu.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Rusia kini meningkat kepada 205,531 mangsa iaitu yang tertinggi di Eropah. Peningkatan itu menyebabkan pihak berkuasa dituduh tidak mengambil tindakan serius terhadap kepantasan penularan wabak berkenaan.

Di bawah takrifan yang lebih luas berhubung kematian berkaitan koronavirus, agensi perangkaan Rosstat melaporkan setakat penghujung Ogos lalu, Rusia sebenarnya mencatatkan lebih daripada 350,000 kematian. Negara kelima paling teruk terjejas akibat COVID-19 dengan tujuh juta penduduk dijangkiti wabak itu menyaksikan peningkatan mendadak kes positif sejak bulan lalu susulan program vaksinasinya dihentikan.

Bandar raya Moscow, yang juga ‘pusat wabak’ COVID-19 di Rusia, mencatatkan peningkatan kes sejak minggu lalu dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kenaikan jumlah kemasukan pesakit di hospital.

Menurut laman web Gogov yang mengumpulkan data berkaitan COVID-19 dari seluruh wilayah negara itu, setakat ini hanya 28 peratus penduduk Rusia sudah melengkapkan vaksinasi dua dos. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -