Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Rusia catat lagi kes COVID-19 tinggi

-

MOSCOW, 17 OKT – Rusia hari ini melaporkan rekod baharu jangkitan COVID-19 untuk hari keempat berturut-turut, sehari setelah negara yang paling teruk terjejas di Eropah mencatatkan jumlah kematian baharu tinggi.

Terdapat 34,303 jangkitan baharu dan 997 kes kematian didaftarkan di negara tersebut dalam tempoh 24 jam, menurut jumlah rasmi. Kelmarin, Rusia merekod 1,002 kes kematian – pertama kali kematian harian mencecah seribu – dan 33,208 kes jangkitan baharu.

Statistik COVID-19 yang semakin meningkat keluar ketika program vaksinasi negara terhenti dan beberapa sekatan dikenakan. Kremlin, yang mengatakan pihak berkuasa perlu memastikan ‘ekonomi terus berjalan’, telah mengelak daripada memperkenalkan semula langkah besar walaupun kadar tahap vaksinasi sangat rendah. Walaupun beberapa suntikan yang dibangunkan Rusia sudah tersedia selama berbulan-bulan, ramai orang awam masih enggan menerima suntikan vaksin. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -