Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rusia, China pertingkat hubungan keselamatan

    MOSCOW, 19 SEPT – Seorang pegawai keselamatan tertinggi Rusia mengumumkan hari ini ketika lawatan ke China bahawa Kremlin menimbang mempertingkat hubungan dengan Beijing sebagai matlamat utama dasar negara.

    Nikolai Patrushev, setiausaha Majlis Keselamatan negara yang dipengerusi oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, menyifatkan ‘pengukuhan perkongsian dan kerjasama strategik dengan Beijing sebagai dasar luar negara utama Rusia.’

    Patrushev adalah salah seorang sekutu paling rapat Putin. Bercakap semasa mesyuarat dengan Guo Shengkun, pegawai tertinggi Parti Komunis China, beliau berkata ‘dalam keadaan sekarang, negara kami mesti menunjukkan kesediaan lebih besar untuk memberikan sokongan bersama serta peningkatan kerjasama.’

    Pejabat Patrushev berkata dalam satu kenyataan selepas rundingan di bandar Nanping bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk ‘mengembangkan pertukaran maklumat mengenai usaha menentang fahaman pelampau dan percubaan negara luar untuk melemahkan kedaulatan kedua-dua negara.

    Pegawai China dan Rusia juga menekankan keperluan mengembang kerjasama mengenai keselamatan siber.

    Putin bertemu dengan Presiden China Xi Jinping pada minggu lalu di Uzbekistan, pertemuan pertama mereka sejak pemimpin Rusia menghantar tentera ke Ukraine pada akhir Februari.

    Kenyataan daripada kerajaan China yang dikeluarkan selepas mesyuarat tidak menyebut Ukraine secara khusus tetapi berkata Xi menjanjikan ‘sokongan kukuh’ terhadap ‘kepentingan utama’ Rusia.

    Kenyataan tidak memberikan butir lanjut, tetapi Beijing menggunakan ‘kepentingan utama’ untuk menggambarkan isu seperti kedaulatan negara.

    Xi dan Putin bertemu untuk membincang isu sampingan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, gabungan keselamatan yang ditubuhkan sebagai pengimbang balas terhadap pengaruh AS yang juga termasuk India, Pakistan dan empat bekas negara Soviet di Asia Tengah. – AP

    Presiden Vladimir Putin (kiri) bertemu dengan Presiden Xi Jinping semasa sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai di Samarkand, Uzbekistan pada 16 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...