KRAMATORSK, UKRAINE, 3 JULAI – Rusia mendakwa mereka berjaya menakluki bandar strategik Ukraine, Lysychansk dan keseluruhan barisan hadapan wilayah Lugansk yang mampu menjadi penanda bagi kejayaan tentera Moscow dalam mengawal negara timur tersebut, hari ini.
Perkembangan tersebut muncul apabila Belarus mengatakan mereka berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan oleh Kyiv dan Rusia melaporkan Ukraine telah melancarkan tiga peluru berpandu di Belgorod, yang mengorbankan empat nyawa.
Lysychansk adalah salah sebuah bandar utama di kawasan Lugansk, timur Donbas semasa masih di bawah pemerintahan Ukraine dan penaklukan tersebut menandakan pencerobohan tersebut berlaku sehingga masuk ke Donbas, salah satu sasaran utama Moscow sejak mereka keluar daripada Kyiv.
Kelmarin, terdapat laporan konflik mengenai keadaan Lysychansk, di mana Ukraine menafikan dakwaan Moscow telah berjaya mengelilingi keseluruhan bandar, yang terletak di seberang sungai, kejiranan Severodonetsk, yang telah ditawan oleh tentera Rusia pada minggu lalu.
Ukraine belum membuat tindakan selanjutnya mengenai dakwaan bahawa Lysychansk telah ditawan, diikuti dengan peperangan yang berlaku selama beberapa hari itu. – AFP