Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Rusia dakwa Ukraine seksa tahanan perang

    MOSCOW, 5 JULAI – Rusia menjalankan siasatan mengenai penyeksaan ke atas tentera Rusia yang ditahan sebagai tahanan perang di Ukraine hari ini, dan baru-baru ini berlaku pertukaran dengan tahanan Kyiv pada penghujung Jun lalu.

    Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, yang bertanggungjawab menyiasat jenayah utama, dalam kenyataan mengesahkan fakta mengenai layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan tentera Rusia di Ukraine.

    Minggu lalu, Moscow dan Kyiv melakukan pertukaran tahanan perang seramai 144 orang – pertukaran terbesar sejak mulanya pencerobohan Moscow ke atas Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari lalu.

    Sementara itu, jawatankuasa Rusia berkata tentera Moscow telah mengongsikan maklumat kepada penyiasat mengenai penderaan yang mereka alami.

    Menurut kenyataan, salah seorang daripada tentera tersebut berkata kakitangan perubatan Ukraine merawatnya tanpa menggunakan bius dan dia telah dipukul, diseksa menggunakan elektrik semasa menjadi tahanan mereka.

    Tentera tersebut mendakwa dia telah di-biarkan tanpa makanan dan minuman selama beberapa hari. Selain itu, seorang lagi tentera Rusia yang tercedera, di mana anggota badan sebelah kirinya telah dipotong, berkata dia dibelasah dengan teruk dan lukanya tidak dirawat oleh kakita-ngan perubatan Ukraine, menurut kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...