MOSCOW, 26 OKT – Pencabar Presiden Donald Trump, Joe Biden dari Demokrat berpendapat ancaman keselamatan terbesar bagi Amerika Syarikat (AS) adalah Rusia, lapor agensi berita Sputnik.
“Saya fikir ancaman terbesar untuk AS sekarang dalam urusan yang boleh menggugat keamanan dan perikatan kita adalah Rusia. Kedua, saya berpendapat pesaing terbesar adalah China.
“Dan bergantung bagaimana kita menanganinya yang akan menentukan sama ada kita pesaing atau akhirnya kita berada dalam persaingan lebih serius berkaitan dengan ketenteraan,” kata Biden dalam wawancara dengan Norah O’Donnell dari CBS. – Bernama