WEST PALM BEACH, Amerika Syarikat (AS), 19 Feb – Presiden AS, Donald Trump semalam berkata Rusia berjaya melewati ‘impian tidak pernah dibayangkan’ dalam mewujudkan perbalahan di AS tetapi menahan daripada terus mencabar secara langsung Moscow berhubung campur tangannya dalam pilihan raya.
Dalam Twitter, Trump menyalahkan bekas presiden, Barack Obama kerana gagal menghalang Rusia sementara menuduh FBI menghabiskan ‘terlalu banyak masa cuba membuktikan pakatan sulit dengan kempen Trump.’
Tetapi presiden itu tidak mengambil langkah untuk berdepan dengan Rusia sejak pendakwaan Jumaat lalu ke atas 13 orang warga Rusia yang mengemukakan dalam aspek terperinci usaha rahsia untuk mempengaruhi pilihan raya presiden AS 2016 yang memihak kepada Trump.
Bercakap pada Persidangan Keselamatan di Munich pada Sabtu lalu, Penasihat Keselamatan Negara HR McMaster menyifatkan bukti campur tangan Rusia dalam proses demokratik AS ‘tidak dapat dipertikaikan’ – AFP