Rusia hantar balik 32 anak kumpulan IS dari Iraq

MOSCOW, 19 NOV – Rusia berkata mereka telah menghantar balik lagi 32 anak kumpulan IS dari Iraq.

TV tempatan Rusia hari ini menunjukkan rakaman kanak-kanak yang tiba di Lapangan Terbang Zhukovsky di luar Moscow. Ia berkata kanak-kanak berumur di antara satu dan sembilan tahun itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum pihak keluarga mereka membawa pulang ke rumah.

Kementerian Luar Negeri Rusia berkata kanak-kanak itu telah ditahan di pusat suaka di Iraq atau di penjara dengan ibu mereka.

Ketibaan mereka mewakili kumpulan keempat kanak-kanak Rusia yang dipulangkan dari Iraq. Kementerian Luar Negeri berkata seramai 122 kanak-kanak telah dibawa pulang ke rumah.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengatakan bahawa lebih 4,000 warga Rusia dan 5,000 warga

negara bekas Soviet lain telah menyertai kumpulan IS di Syria dan Iraq. – AP

Pegawai Rusia membawa kanak-kanak selepas pesawat yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Zhukovsky. – AP