Rusia haramkan eksport topeng muka

MOSCOW, 4 MAC – Rusia telah mengharamkan pengeks-portan penutup mulut, alat pernafasan dan baju hazmat untuk memastikan akses kepada barangan tersebut kepada pihak perubatan untuk merawat pesakit koronavirus dan orang awam, atas perintah yang dilaksanakan hari ini.

Pengharaman tersebut meliputi 17 jenis kelengkapan termasuk penutup muka, plastik menutup kasut, sarung tangan, alat-alat pembedahan, topeng gas, baju hazmat dan baju anti wabak kitar semula.

Pengharaman tersebut bertujuan untuk ‘melindungi kepentingan rakyat Rusia’ dengan koronavirus telah membunuh lebih dari 3,000 orang dan menjangkiti 92,000 di seluruh dunia.

Ia tidak akan menjejaskan bekalan keluar negara yang digunakan untuk bantuan kemanusiaan atau kegunaan sendiri. Perintah yang dilaksanakan akan mansuh pada 1 Jun nanti.

President Rusia Vladimir Putin bulan lalu penutupan farmasi yang menaikan harga penutup mulut.

Rusia yang mengesahkan enam kes koronavirus, termasuk tiga pelancong dari kapal persiaran Diamond Princess dari Jepun dan membawa dua pelancong China.

Kes pertama di Moscow merupakan seorang lelaki yang baru pulang dari Itali, disahkan pada Isnin lalu.

Negara tersebut telah mengharamkan kemasukan warga China, walaupun penerbangan Aeroflot masih beroperasi seperti biasa ulang-alik ke China dan Rusia.

Rusia turut menghadkan kemasukkan warga Iran dan kepada sesiapa yang membuat perjalanan ke Korea Selatan. – AFP