Rusia hasrat bangun sumber artik

MOSCOW, 14 Mac – Kementerian Sumber Asli Rusia kelmarin berkata ia telah mengumpul serta menghantar satu pelan komprehensif bagi membangunkan sumber Artik negara itu sehingga tahun 2030 dan seterusnya kepada kerajaan untuk dipertimbang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan kementerian tersebut.

Pelan itu merangkumi 118 projek yang bertujuan membangun dan memproses pangkalan sumber mineral di zon Artik Rusia serta sokongan infrastruktur berkaitan, menurut kementerian tersebut.

Ia juga meliputi projek dalam bidang pembinaan kapal, ekologi, pelancongan dan pelbagai sektor lain, yang dikumpul berdasarkan cadangan yang dihantar oleh sembilan wilayah di utara Rusia, institusi kerajaan, organisasi awam dan syarikat industri strategik.

Secara khususnya, dokumen itu menganalisis daya maju lebih empat kali ganda aliran kargo di sepanjang Laluan Laut Utara kepada 80 juta tan setahun menjelang 2024 berdasarkan dekri Presiden Rusia Vladimir Putin.

Peningkatan dalam jumlah lalu lintas kargo yang diunjurkan melalui Laluan Laut Utara. – Bernama