Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia, Iran didakwa cuba pengaruhi pilihan raya

    WASHINGTON, 22 OKT – Amerika Syarikat (AS) semalam berkata Rusia dan Iran berusaha untuk mempengaruhi pilihan raya presiden 3 November nanti dan menuduh pihak berkenaan cuba mengirim ‘e-mel olok-olok’ untuk memburukkan Presiden Donald Trump, lapor agensi Anadolu.

    “Kami ingin beritahu orang ramai kami telah kenal pasti dua dalang asing, Iran dan Rusia, cuba bertindak mempengaruhi pendapat awam terhadap pilihan raya,” kata Pengarah Perisikan Negara John Ratcliffe dalam satu taklimat. Taklimat itu turut dihadiri Pengarah FBI Christopher Wray.

    Menurut Ratcliffe, Rusia dan Iran secara berasingan mendapatkan maklumat beberapa pengundi yang didakwa digunakan untuk menyampaikan maklumat palsu kepada pengundi di samping mahu ‘menimbulkan kekeliruan dan melemahkan keyakinan anda terhadap demokrasi Amerika.’

    “Kami dapati Iran ada mengirim e-mel bertujuan menakut-nakutkan pengundi, menimbulkan rusuhan sosial dan mencemarkan nama Presiden Trump,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda