Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Rusia kini tawan sebahagian besar Ukraine

    KYIV, UKRAINE, 7 JUN – Rusia mendakwa kelmarin bahawa ia telah menduduki kawasan besar di timur Ukraine selepas serangan bertubi-tubi selama berminggu-minggu dan pengerahan lebih ramai tentera baru-baru ini.

    Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata tentera Moscow kini telah menguasai 97% wilayah Luhansk.

    Rusia sebelumnya telah mengisytiharkan akan menguasai sepenuhnya seluruh Donbas, termasuk wilayah Donetsk dan Luhansk. Ia adalah matlamat utamanya dalam pencerobohan negara jirannya yang bermula 24 Feb. Wilayah ini baru-baru ini telah menanggung beban dari serangan Rusia.

    Setakat ini, tidak jelas sama ada Rusia akan cuba mengembangkan serangannya di tempat lain di Ukraine jika ia menawan Donbas. Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov memberi amaran kelmarin bahawa jika Barat memberikan Ukraine roket jarak jauh yang mampu mencapai wilayah Rusia, Moscow akan bertindak balas dengan menggiatkan serangannya lebih mendalam ke Ukraine.

    Pada awal perang, tentera Rusia juga menguasai seluruh wilayah Kherson dan sebahagian besar wilayah Zaporizhzhia di selatan. – AP

    Tentera Ukraine menembak roket MLRS ke arah kedudukan Rusia di barisan hadapan di wilayah timur Ukraine Donbas kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...